COVID-19 | Kemasukan pesakit ke fasiliti kesihatan meningkat

2022-07-18 0

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan termasuk hospital dan Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak sembilan peratus pada minggu epidemiologi (ME) ke-28 tahun 2022 berbanding ME 27/2022.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Isnin menjelaskan, bagi jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat sebanyak 33 peratus bagi setiap 100,000 penduduk.

Free Traffic Exchange